Subsidi Minyak Ditambah RM4 Bilion - PM - Semasa | mStar

Subsidi Minyak Ditambah RM4 Bilion - PM

KUALA LUMPUR: Subsidi petrol dijangka menokok dengan tambahan sebanyak RM4 bilion tahun ini jika harga bahan api itu kekal di pasaran sekarang iaitu RM1.90 setiap liter bagi RON95 dan RM2.50 seliter bagi RON97.

Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos yang tinggi itu terpaksa ditanggung kerajaan jika tiada perubahan bagi harga petrol di pasaran kini yang menyaksikan kenaikan harga bahan api itu di peringkat global.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat daripada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di sini Rabu.

Ini bermakna subsidi minyak dalam Bajet 2011 yang ditetapkan sebanyak RM10 bilion berdasarkan harga minyak mentah dunia iaitu AS$85 (RM259) hingga AS$90 (RM274) setong meningkat kepada RM14 bilion tahun ini.

Selain itu kerajaan turut mempertuntukkan sebanyak RM4 bilion untuk subsidi lain. Bagi tahun 2010, subsidi minyak meningkat sehingga RM10 bilion.

Pakar ekonomi menjangkakan harga minyak mentah dunia akan kekal melepasi AS$100 (RM305) setong, mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi kira-kira RM4 bilion.

Najib berkata, perbelanjaan defisit itu bergantung kepada nilai pendapatan kerajaan mampu diperoleh dengan peningkatan kos subsidi.

Kerajaan menyasarkan defisit dalam bajet pada 5.4 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding 5.6 peratus tahun lalu sedangkan sasaran ialah untuk menurunkan kadar defisit kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2015.

Bulan lalu, Najib berkata mungkin akan mengkaji subsidi minyak jika krisis di Asia Barat berterusan, namun sehingga kini tiada perancangan ke arah itu buat masa ini.

Kali terakhir harga RON97 naik ialah pada 1 Februari lalu selepas naik 10 sen pada 4 Januari. Pada Disember, harga petrol RON95 dan diesel meningkat 5 sen seliter masing-masing kepada RM1.90 dan RM1.85 seliter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain