Polis Tahan Enam Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pengedar Dadah - Semasa | mStar

Polis Tahan Enam Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pengedar Dadah

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Taman Bukit Permai, Ampang di sini, awal pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas bahan disyaki dadah jenis ketamin bernilai sekitar RM330,000 dalam serbuan pada kira-kira pukul 2 pagi itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua mereka yang berumur antara 21 dan 37 tahun itu terlibat dalam kegiatan membungkus dan mengedar dadah di dalam rumah berkenaan.

Katanya, polis turut menemui satu beg yang berisi 15 peket plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dianggar seberat 15.062kg, serta beberapa peket plastik kosong, alat timbang dan "Sealer" dalam rumah itu.

"Wang tunai RM52,000 dan empat buah kenderaan turut dirampas dalam serbuan itu, dan polis sedang menyiasat sekiranya semua kenderaan itu adalah kenderaan curi," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang itu kini ditahan reman selama tujuh hari sejak semalam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain