Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran - Semasa | mStar

Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempermudahkan urusan pendaftaran gabungan pembangkang yang kini dikenali sebagai 'Pakatan Rakyat' bagi mewujudkan sistem politik dua parti dalam negara ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sikap birokrasi ROS menyebabkan parti pembangkang tertekan sejak dua tahun lalu permohonan itu diserahkan.

"Kami menghadapi tekanan yang berterusan, syor saya kepada ROS ialah agar urusan ini dipermudahkan.

"Kalau ada mana-mana halangan, itu peraturan yang boleh diubah. Benarkan kami mendaftar.

"Kemudian baru kita akan ada sistem politik dua parti seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bahawa pembangkang tidak memenuhi syarat tujuh anggota seperti yang ditetapkan.

Malah Abdul Rahman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya kesal dengan alasan ROS yang dianggap remeh serta seolah-olah sengaja menghalang usaha gabungan PKR-PAS-DAP menjadi sebuah pakatan yang sah.

"Mengapa sekarang baru mereka nyatakan syaratnya mesti tujuh anggota, kenapa selepas dua tahun kita kemukakan permohonan?

"ROS sengaja mengikat kita dengan kerenah birokrasi dan syarat yang bukan-bukan," katanya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain