suria

Selangor Lancar Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran bagi melahirkan generasi penghafaz profesional menjelang 2020 malam Isnin.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dasar pendidikan tahfiz Al-Quran itu telah disusun oleh Majlis Agama Islam Selangor bersama Jawatankuasa Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.

Beliau berkata, dasar tahfiz negeri itu menyasar melahirkan 500 hufaz, iaitu golongan hafaz Al-Quran profesional menjelang 2020 dan menjadikan institusi tahfiz diuruskan secara profesional pada 2015.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2011 dan Pelancaran Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor di sini.

Seramai 45 peserta dari sembilan daerah di Selangor menyertai pertandingan menghafaz Al-Quran yang bermula malam Isnin hingga Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain