Polis Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah Kes Calon MPP UM Hilang - Semasa | mStar

Polis Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Unsur Jenayah Kes Calon MPP UM Hilang

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini Rabu.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Februari lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi.

Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi.

Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Februari itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik.

Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain