suria

Penguasa Kastam Bebas Tuduhan Terima Rasuah RM50,000

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, melepas dan membebaskan seorang penguasa kastam daripada tuduhan menerima wang tunai RM50,000 yang didakwa berlaku lapan tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie untuk memanggil Rosmima Omar, 49, membela diri.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mendengar keterangan yang diberikan oleh 12 saksi semasa perbicaraan.

Rosmina diwakili oleh peguam Muhammad Faiz Fadzil manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Baharuddin Mohd Kassim.

Rosmina dihadapkan ke mahkamah untuk kali pertama pada tahun 2008 atas tuduhan menerima RM50,000 daripada ejen penghantaran Zaifa Otomobil Sdn Bhd, Adnan Abas.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut walaupun mengetahui perbuatan itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai penaksiran duti kastam ke atas kenderaan yang diimport Zaifa melalui gudang berlesen Tamaddam.

Rosmina yang bertugas di cawangan Pergudangan Tamaddam Kastam Diraja Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Sukan Pandamaran Pelabuhan Klang pada Januari 2003.

Bagi kesalahan itu,dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel Lain