suria

Kitab Injil Berbahasa Melayu Bukan Dirampas Tapi Dilarang Bawa Masuk

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.

Menurut KDN dalam satu kenyataan, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat KDN.

Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun, 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.

Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Semalam, Setiausaha Agung NECF, Sam Ang mendakwa bahawa KDN telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya. - BERNAMA

Artikel Lain