suria

Kelindan Lori Ditemui Mati Dalam Bilik Di Kota Damansara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat tempatan ditemui mati dalam biliknya di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Seksyen 8, Kota Damansara, Rabu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kelindan lori, L. Manamohan, 49, yang tinggal bersendirian di rumah itu, ditemui dalam keadaan terlentang di lantai oleh adik lelakinya.

"Adik Manamohan yang tinggal berdekatan di flat yang sama, mengesyaki sesuatu berlaku padanya dan bertindak memecah pintu rumah yang berkunci dari dalam sebelum menemui mayat abangnya dalam keadaan sudah berbau," katanya kepada pemberita di sini.

Arjunaidi berkata, polis sedang menyiasat punca kematian Manamohan yang telah berpisah dengan isterinya.

Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain