Polis Tahan Empat Suspek Berhubung Kes Belasah Seorang Lelaki - Semasa | mStar

Polis Tahan Empat Suspek Berhubung Kes Belasah Seorang Lelaki

IPOH: Polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah selepas dibelasah sekumpulan lelaki di tepi jalan di Parit, 55km dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, keempat-empat lelaki itu direman lima hari.

Polis telah mengambil keterangan daripada seorang wanita berusia 30 tahun dan sedang menjalankan siasatan motif kejadian itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 petang semalam, kereta yang dipandu mangsa telah ditahan sekumpulan lelaki di Km17, Simpang Empat, Parit dan seorang daripadanya telah menarik mangsa keluar sebelum dibelasah kumpulan berkenaan.

Mangsa berumur 33 tahun itu yang mengalami kecederaan di kepala dan badan kini dirawat di Hospital Teluk Intan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!