Pengusaha Kedai Makan Didakwa Larikan Isteri - Semasa | mStar

Pengusaha Kedai Makan Didakwa Larikan Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan melarikan isterinya sendiri dan juga seorang warga India yang bekerja untuknya.

Mohamed Ali Jinnah Tajudeen, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Zulkpli Abdullah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama dua lagi rakan subahat yang masih bebas dengan melarikan Siti Hajira M Kaber Meera, 31, dan Xavier Raj, 30, dengan niat untuk dikurung secara salah pada antara pukul 11 pagi dan 11.59 malam, 27 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Belangkas 3, Kampung Pandan, di sini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Selain itu, tertuduh juga didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah secara sengaja ke atas Xavier dengan menggunakan tukul besi panjang pada pukul 10.20 pagi, 28 Februari lalu di tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, yang kemudiannya merayu agar mahkamah mengurangkan jumlah tersebut.

Menurut tertuduh, dia perlu menanggung lima orang anak.

Zulkpli selepas menimbangkan rayuan tersebut membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, yang dijelaskan oleh abang ipar tertuduh.

Kes akan disebut semula pada 6 April depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain