Kementerian Dalam Negeri Siasat Radio Free Sarawak

KUCHING: Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di sini, Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia, Datuk Joseph Salang bulan lepas.

Salang dipetik sebagai berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Februari lepas dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain