suria

Undi Pelbagai Kaum Julang BN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (tiga kanan) menjulang tangan calon Barisan Nasiona (BN) Roslan Ahmad selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN N27 Merlimau di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, malam Isnin. Turut sama berkongsi kemenangan Roslan ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam (tiga kiri), Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri), Presiden PPP, Datuk M Kayveas (dua kanan) dan isteri Roslan Zalifah Omar (kanan). Roslan yang menang dengan majoriti undi 3,643 memperolehi 5,962 undi meninggalkan pencabarnya Yuhaizad Abdullah dari parti PAS yang hanya memperolehi 2,319 undi.-Foto BERNAMA.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau melabuhkan tirainya kira-kira pukul 8.15 malam Ahad.

Semua maklum keputusannya, Barisan Nasional (BN) menumbangkan PAS dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 3,643 undi berbanding tahun 2008 iaitu 2,154 undi.

Roslan Ahmad, 44, wakil rakyat baru penduduk N.27 memulakan tugasnya pukul 10.15 pagi Isnin dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - paling cepat selepas 17 siri PRK diadakan.

Tidak sempat menghilangkan keletihan berkempen sepanjang lapan hari tanpa henti, demi tugas barunya pasti beliau dengan semangat yang berkobar-kobar mahu menabur bakti kepada rakyat seperti yang pernah dilaksanakan ayah beliau, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin kira-kira 40 tahun lalu.

Bukan tugas yang mudah kerana dibahunya terbeban nama besar arwah selain bapa saudaranya, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka.

Namun Roslan pasti ada staminanya untuk meneruskan langkah kerana beliau masih muda. Kerana itulah beliau dipilih selain faktor ciri-ciri untuk menang telah ada serta bersih daripada sebarang skandal seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja selesai pengisytiharan BN mengekalkan kerusi Merlimau, malam Ahad.

Roslan berjaya meningkatkan majoriti BN kepada 3,643 undi berbanding 2,154 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 menewaskan calon PAS yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38, yang hanya meraih 2,319 undi.

Walaupun Yuhaizad mempertahankan bahawa PAS yang mewakili Pakatan Rakyat masih dikehendaki 2,319 pengundi namun hakikatnya undi yang diterimanya lebih rendah daripada calon pakatan pembangkang pada PRU 2008, Jasme Tompang yang memperoleh 2,827 undi - hilang 508 undi.

Pada PRK Merlimau kali ini, sebanyak 8,435 atau 78.98 peratus pemilih keluar mengundi -satu rekod yang perlu dibanggakan sebagai antara yang tertinggi selain PRK Kerdau 81.52 peratus yang berlangsung serentak.

Kenaikan keluar mengundi daripada 7,957 pemilih kepada 8,435 juga menunjukkan keyakinan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka untuk menentukan nasib calon.

Jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan itu ialah 10,679 orang dengan Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Faktor utama kemenangan Roslan ialah kembalinya sebahagian besar pengundi Melayu - melebihi 60 peratus - diikuti Cina dan India.

Orang Melayu di Merlimau nampaknya berang dengan kenyataan pemimpin PAS yang melabel mereka sebagai 'deposit tetap' Umno selain peneroka Felda sebagai 'stok penimbal'.

Sedangkan rakyat tahu dan sedar peneroka Felda begitu dekat dengan Umno.

Sebagai buktinya di Galas, Tenang dan Hulu Selangor, dengan sokongan peneroka kepada kemenangan BN. Hakikatnya sejak dulu hinga sekarang, peneroka dan keluarga Felda tidak pernah diketepikan kerajaan.

PAS lupa bahawa 'deposit tetap' sememangnya memberi kelebihan kepada pendeposit selain akan diberi keutamaan dalam apa jua promosi dan transaksi kerana jaminan serta kepercayaan telah diletakkan kepada bank, sebagai contoh.

Akhirnya, 'deposit tetap' itulah yang membuatkan PAS kalah di semua tujuh Peti Undi (PU) dan 21 saluran mengundi termasuk menerima tamparan di luar jangkaan di kampung halaman Yuhaizad sendiri, PU Chin Chin. Malah di saluran satu PU berkenaan Yuhaizad hanya menerima 49 undi berbanding Roslan (204).

Apabila orang Melayu dilabelkan 'tanpa belas kasihan' oleh PAS, maka mereka bangun memberontak. PAS mungkin terleka sejenak bahawa orang Melayu jugalah merupakan penyumbang terbesar kemenangan dan peningkatan undi untuk parti itu semasa PRU 2008.

Jadi jangan rendahkan martabat bangsa sendiri kerana mereka juga seagama dan seakidah.

Faktor lain ialah peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan kaum Cina menghuni di PU Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Jumlah mereka yang layak mengundi kira-kira 1,700 orang manakala kaum India 1,280 pengundi.

Muhyiddin berterima kasih dengan peningkatan luar biasa pengundi India diikuti Cina.

"BN memperoleh sokongan besar kaum India dan peningkatan ketara pengundi Cina. Ini disebabkan mereka semakin yakin dengan dasar transformasi ekonomi dan sosial yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujar beliau.

Katanya, BN perlu bekerja lebih keras untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Cina sepenuhnya. Momentum terkini sokongan kaum Cina pun semakin baik dengan buktinya di Merlimau dan Kerdau apabila 60 peratus di kalangan mereka memilih BN. Mereka juga semakin selesa dengan gagasan 1Malaysia.

Politik kaum Cina amat mudah. Mereka akan memberikan sokongan dan dokongan jika wakil rakyat yang dipangkah membuat kerja dan mengutamakan rakyat serta golongan peniaga yang didominasi kaum berkenaan.

Kalau gagal, pengundi Cina akan terus berpaling kepada pembangkang seperti yang dibuktikan pada siri pilihan raya sebelum ini.

Apa pun menjadi keutamaan kepada semua wakil wakyat khususnya daripada BN meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRU ke-13.

Jangan lupa pesanan pucuk pimpinan bahawa rakyat adalah raja yang akan menentukan nasib mereka setiap kali pilihan raya.

Sekarang bukan lagi zaman rakyat mudah diperbodohkan dengan janji-janji kosong. Apa yang mahu rakyat lihat ialah natijah kepimpinan selepas wakil rakyat dipilih.

Jika berjaya menjalankan tanggungjawab, wakil rakyat pasti selamat, namun jika sebaliknya, wakil rakyat termasuk parti sama ada BN atau pembangkang boleh 'bungkus'.

Artikel Lain