Najib, Muhyiddin Mulakan Sesi Bertemu Rakyat Di Sarawak Pada 19 Mac - Semasa | mStar

Najib, Muhyiddin Mulakan Sesi Bertemu Rakyat Di Sarawak Pada 19 Mac

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan sesi bertemu rakyat di Sarawak pada 19 Mac ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dr Stephen Rundi, Ahad.

Beliau berkata program turun padang oleh Najib dan Muhyiddin itu akan bermula di Serian, kira-kira 65km dari sini.

Katanya Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengikuti laluan darat untuk melawat ke Kampung Semera di Sadong Jaya, Kota Samarahan, kira-kira 100km dari sini.

Beliau memberitahu Bernama di sini Ahad, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula akan menaiki helikopter untuk berkunjung ke Kampung Melayu di Lingga, Bahagian Sri Aman, kira-kira 300km dari sini.

"PM dan TPM akan melakukan tinjauan mesra di kampung, beramah mesra dengan penduduk setempat. Kedua-dua pemimpin akan turut makan tengah hari di sana dan menjamah sajian tempatan.

"Tinjauan mesra dan lawatan ke kampung-kampung akan menghubungkan PM dan TPM dengan rakyat," katanya.

Dr Rundi berkata lawatan Najib dan Muhyiddin adalah sebahagian daripada pusingan pertama sesi bertemu rakyat yang akan diadakan di seluruh negara.

Bulan lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaksanaan program itu, berkata pusingan pertama sesi itu dijangka selesai September ini, disusuli pusingan berikutnya yang akan diadakan sehingga berlangsungnya pilihan raya umum.

Artikel Berikut

Pastikan Produk Halal - Jamil Khir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

6 polis cedera helikopter terhempas