Wakil Rakyat Kerdau Janji Selesai Isu Kebajikan - Semasa | mStar

Wakil Rakyat Kerdau Janji Selesai Isu Kebajikan

TEMERLOH: Wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjanji akan memastikan isu berhubung kebajikan rakyat di kawasannya diberi perhatian sewajarnya.

Jelas beliau perkara berkenaan selaras dengan permintaan rakyat di kawasan berkenaan sewaktu beliau berkempen pada pilihan raya kecil DUN itu.

"Perkara pertama yang akan saya beri perhatian ialah mengenai kebajikan dan kemudahan harian rakyat.

"Perhatian sewajarnya akan saya berikan untuk semua peringkat...ini janji saya dahulu sewaktu berkempen," katanya pada sidang selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN berkenaan.

Pada pilihan raya DUN Kerdau Naib Ketua Umno Bahagian Umno Kuala Krau itu menewaskan calon PAS dengan majoriti besar sebanyak 2,724 undi.

Syed Ibrahim memperolehi undi sebanyak 5,060 undi manakala PAS hanya mendapat 2,336 undi.

Selain itu Syed Ibrahim turut bersyukur diatas kemenangannya itu dan berterima kasih kepada semua jentera BN yang membantu sepanjang tempoh berkempen.

"Kemenangan ini juga menunjukkan bahawa rakyat senang dan suka kepada BN," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun