JASIN: Proses pengundian bagi dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Merlimau, di sini dan Kerdau, Pahang ditutup tepat pukul 5 petang ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata semua tujuh pusat pengundian di Merlimau dan 13 di Kerdau telah ditutup dan peti undi kini dibawa ke pusat penjumlahan undi di kawasan masing-masing. Jurucakap SPR bagi DUN Merlimau menjangka keputusan dapat diumumkan pada pukul 8 malam ini.Sementara itu di TEMERLOH, Pengawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman berkata semua peti undi di DUN itu dijangka tiba di pusat penjumlahan sebelum pukul 7 petang."Proses penundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya ketika dihubungi Bernama.