suria

PRK Merlimau: Roslan Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

JASIN: Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.

Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643 undi.

Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.

Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN pada 20 Januari lalu.

Artikel Lain