suria

PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong Cetus Provokasi

KECOH... Anggota Polis Diraja Malaysia terpaksa masuk campur untuk mententeramkan peraih undi PAS ketika berlaku sedikit kekecohan di hadapan pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Ahad. - Foto BERNAMA

TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.

"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.

"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.

Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Artikel Lain