suria

Polis Terima 41 Laporan Salah Laku Di Kerdau

TEMERLOH: Polis menerima 41 laporan salah laku membabitkan parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sejak kempen bermula Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata pihaknya membuka kertas siasatan terhadap lima laporan.

"Lima kertas siasatan itu adalah berkaitan Akta Hasutan dan Fitnah, Akta Kesalahan Kecil Pilihan Raya dan berkaitan perhimpunan haram.

"Bagaimanapun tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau berkata sehingga kini polis mengeluarkan 111 permit ceramah, namun hanya 93 berlangsung iaitu 71 melibatkan Barisan Nasional dan 22 PAS.

Beliau turut menasihatkan pengundi kawasan DUN Kerdau agar keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada 6 Mac ini, bagi mengelakkan kesesakan. - BERNAMA

Artikel Lain