Anwar Perlu Jawab Dakwaan Ummi Hafilda - TPM - Semasa | mStar

Anwar Perlu Jawab Dakwaan Ummi Hafilda - TPM

TEMERLOH: Pendehan Ummi Hafilda Ali mengenai 'rahsia besar' Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi beban yang perlu dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Anwar sepatutnya menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sekiranya ia disifatkan sebagai fitnah.

"Sewajarnya kalau Anwar berpendapat ini satu pembohongan atau fitnah...dia jawablah dan kata ini adalah satu fitnah.

"Ummi sendiri pastinya ada pengalaman, ada sejarah dan dia ada hubungkait dengan Azmin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat). "Apa yang di sebut pastinya ada asas-asas tertentu, ada sebab dia beritahu...jadi beban (tanggungjawab beri penjelasan) itu kepada Anwar," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tunduhan Anwar bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) membayar Ummi Hafilda untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Semalam Anwar dan Ummi masing-masing berceramah di kawasan berdekatan iaitu di Rumpun Makmur di sini.

Sementara itu mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan merasuah pengundi di DUN Kerdau apabila mengumumkan beberapa projek pembangunan, Muhyiddin berkata tindakan berkenaan adalah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan keperluan rakyat.

"Tanggungjawab kerajaan tidak terhenti waktu pilihan raya. Bila saya datang di sini penduduk minta peruntukan bina masjid, saya beri sebab ada peruntukan...ini bukan beri kepada pengundi sebaliknya untuk faedah am.

"Semua yang dibuat kerajaan adalah untuk kebajikan am, bukan individu. ia bukan ditakrifkan sebagai rasuah. Kalau datang tak boleh bantu orang susah maknanya tanggungjawab saya terhenti semasa pilihan raya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain