suria

Tempoh Bayaran Kompaun Trafik DBKL Sehingga 10 Mac

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melanjutkan tempoh bayaran kompaun trafik DBKL sehingga 10 Mac ini.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL Anwar Mohd Zain berkata, setiap pesalah trafik akan dikenakan bayaran RM30 jika membuat bayaran sebelum tarikh itu.

"Orang ramai yang gagal membayar kompaun trafik tertunggak selepas tarikh itu akan disenarai hitam," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, pembayaran boleh dibuat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Kompaun boleh dibayar di Kaunter Bayaran DBKL antaranya Kaunter Bayaran Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut, Kaunter Bayaran Menara DBKL 3 Jalan Raja Abdullah, Kaunter Bayaran Pejabat-pejabat Cawangan DBKL, Kaunter Bayaran Pejabat-Pejabat Zon Perumahan DBKL dan Kaunter Bayaran Pejabat-Pejabat Kecil Perumahan DBKL, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kompaun trafik yang terlibat ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1 Mac. - BERNAMA

Artikel Lain