suria

Penuntut UiTM Maut Dalam Kemalangan Di Perlis

KANGAR: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Arau-Kodiang, dekat sini malam Rabu.

Mayat Umi Kalsom Abdul Majid, 24, penuntut Tahun Tiga jurusan Sains Komputer itu ditemui orang ramai pada pukul 7.30 pagi ini dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam (KJKA) Perlis DSP Ibrahim Idris berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11 malam tadi ketika penuntut terbabit dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Arau.

Beliau berkata Umi Kalsom yang berasal dari Mersing, Johor itu bersama tiga rakannya menunggang motosikal ke Jitra dan mangsa pulang seorang diri ke Arau.

"Rakan mangsa membuat laporan polis di balai polis Jitra mengenai kehilangan Umi Kalsom pada pukul 3 pagi setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon," katanya kepada pemberita, di sini, Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain