BN Terus Usaha Pikat Pengundi DUN Merlimau - Ali Rustam - Semasa | mStar

BN Terus Usaha Pikat Pengundi DUN Merlimau - Ali Rustam

JASIN: Ketika tempoh berkempen berbaki dua hari lagi, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata lebih 55 peratus pengundi bukan Melayu akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau.

Beliau, yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu berkata peratus sokongan itu adalah hasil maklum balas positif setakat enam hari berkempen, sejak Sabtu lepas.

"Ini satu perkembangan yang baik untuk BN, kita akan kerja lebih kuat lagi untuk tingkatkan peratus sokongan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Indah Water Konsortium di Taman Debunga Wangi di Merlimau di sini, Khamis.

Mohd Ali berkata pengundi bukan Melayu juga mahu kerajaan menambah kemudahan awam seperti tiang lampu, taman permainan, sistem perparitan dan sekolah.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44 dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dan ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Model Playboy buah hati baharu Neymar