suria

Angkasa Perlu Wujudkan Dasar Selari Akta Perlindungan Pemberi Maklumat - SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mewujudkan dasar yang selari dengan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) yang telah diluluskan di Parlimen, pertengahan tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata perkara tersebut perlu segera dilaksanakan kerana ia mampu mencegah perbuatan rasuah daripada berleluasa.

"Sekiranya sebuah organisasi mempunyai dasar-dasar yang tegas maka kemungkinan berlakunya jenayah dalam organiasi tersebut akan berkurangan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Integriti Dalam Koperasi di Wisma Ungku Aziz di sini pada Khamis.

Menurutnya, tujuan kerajaan mewujudkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA adalah untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi kerahsiaan identitinya dan diberi imuniti daripada tindakan sivil atau jenayah serta perlindungan daripada mana-mana tindakan diambil yang akan membahayakan dirinya.

"Saya mohon supaya Angkasa juga mempunyai dasar yang selaras dengan akta yang telah diluluskan ini.

"Sekiranya ada pegawai yang memberi maklumat kepada SPRM, namun ada tindakan yang diambil ke atas mereka kerana membuat laporan yang benar.

"Maka individu yang mengenakan tindakan seperti menurunkan pangkat atau membuang pegawai terbabit maka dia individu tersebut boleh dikenakan hukuman,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya laporan tersebut diadukan kepada suruhanjaya itu maka SPRM akan jalankan siasatan dan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman di bawah WPA.

"Oleh itu saya menyeru, Angkasa dan semua koperasi membuat laporan kepada SPRM sekiranya berlaku perbuatan jenayah yang dikesan ketika proses pengauditan dijalankan.

"Saya ingin mengingatkan sekiranya terdapat perbuatan jenayah yang telah dikenalpasti semasa proses pengauditan dibuat, adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Audit atau Ahli Lembaga Pengarah untuk merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Ia bukan satu pilihan tapi merupakan kewajipan,” katanya

Beliau berkata perkara itu perlu segera dilaksanakan kerana ia mampu mencegah perbuatan rasuah daripada berlaku.

“Sekiranya sebuah organisasi mempunyai dasar-dasar yang tegas maka kemungkinan berlakunya jenayah dalam organiasi tersebut akan berkurangan,” katanya.

Pada pertengahan tahun lalu, Dewn Rakyat telah meluluskan WPA yang merupakan satu inisiatif perundangan utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menangani rasuah.

Ia mula dikuat kuasakan sejak 15 Disember tahun lalu.

Artikel Lain