suria

PAS Bantah Campur Tangan Ketenteraan Di Libya

PETALING JAYA: Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada Rabu menyuarakan penentangan sekeras-kerasnya ke atas sebarang campur tangan asing termasuk dalam bentuk ketenteraan, walaupun atas nama Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah di Libya.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, campur tangan ketenteraan atas nama Majlis Keselamatan PBB itu akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya, sepertimana campurtangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga ke hari ini.

Malah katanya, ini hanya akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.

"Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan.

"Dalam masa yang sama OIC dan Liga Arab juga mestilah menunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain