suria

Kastam Rampas Rokok Seludup RM3.9 Juta Di Butterworth

BUTTERWORTH: Pegawai-pegawai kastam Pulau Pinang merampas rokok bernilai RM3.88 juta yang cuba diseludup ke negeri itu di kawasan pelabuhan di sini pada Isnin.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya berkata rokok itu ditemui dalam sebuah lori yang membawa barangan pengguna di Terminal Kargo Utara Butterworth (NBCT) di sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Rabu, beliau berkata rokok yang belum dicukai itu dianggarkan berharga RM836,000.

Beliau berkata, beberapa paket rokok yang diperiksa didapati dilekat dengan tanda "Amaran Oleh Kerajaan Malaysia" tetapi tidak mengandungi duti setem, tiada tanda dakwat keselamatan serta tidak dipaparkan gambar amaran yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Zulkifli berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan mereka yang terbabit dalam sindiket itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain