suria

Ismail Adam Dilantik Pro-Canselor Unisel

SHAH ALAM: Bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa 21 Februari lalu.

Beliau dilantik bagi menggantikan Raja Tan Sri Arshad Tun Raja Uda yang telah dipilih sebagai Canselor Unisel.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu.

“Pelantikan Ismail ini diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Unisel dan telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Menurut Abdul Khalid, Ismail dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam dan pernah memegang jawatan penting sehinggalah jawatan terakhir yang dipegangnya sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Pelantikan Ismail ini sejajar dengan program penjenamaan semula Unisel yang bukan sahaja memberi fokus kepada sektor industri malah kepada sektor perkhidmatan yang semakin berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Selangor,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor yakin dengan pengalama luas Ismail dapat membantu Unisel membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam sektor industri dan juga sektor perkhidmatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain