suria

Rafidah Bakal Pengerusi AirAsia X

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz bakal dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, AirAsia X tidak lama lagi.

Rafidah yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengambil alih tugas daripada Pengerusi, Datuk Kamaruddin Meranun pada minggu ini.

Kamaruddin yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd berkata: "Ia adalah satu penghormatan kepada saya untuk menyerahkan tugas dan memberi laluan kepada seseorang yang berkaliber seperti Tan Sri Rafidah Aziz. Kami yang AirAsia X akan terus berkembang sebagai peneraju global Malaysia dalam penerbangan."

Lembaga Pengarah akan bersidang pada Khamis untuk memformalkan pelantikan tersebut yang sebelum ini dipersetujui oleh Rafidah.

Kini, Lembaga Pengarah AirAsia X Sdn Bhd terdiri daripada tujuh pengarah yang mewakili pemegang-pemegang saham syarikat iaitu AeroVentures Sdn Bhd (52 peratus), AirAsia Bhd (16 peratus), Corvina Holdings (10 peratus), Orix Corp (11 peratus) dan Manara Consortium (11 peratus).

Artikel Lain