Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram - Semasa | mStar

Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram

KEMAMAN: Sebuah peti besi seberat 100 kilogram mengandungi geran kenderaan dilarikan dari sebuah syarikat insurans dalam kejadian pecah masuk bangunan pejabat itu pada Ahad.

Pemilik syarikat insurans berkenaan, Azmi Ismail, 43, berkata 15 keping geran pelbagai jenis kereta dan motosikal milik pelanggan dilarikan dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pemilik premis bersebelahan pejabatnya di Jalan Da' Omar di sini, kira-kira pukul 5 pagi Ahad setelah menyedari pintu pejabat syarikat insurans itu dipecahkan.

"Setelah pemeriksaan dibuat, saya dapati peti besi yang diletakkan di bawah meja berhadapan pintu yang dipecahkan telah lesap.

"Turut dilarikan wang tunai sebanyak RM300 yang disimpan dalam peti besi itu, bagaimanapun barangan yang lain seperti komputer dan kamera video masih berada di tempat yang sama," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian dibuat pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supteritendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Katanya, seorang suspek telah dikenal pasti bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain