suria

Laman Web Trafik Dalam Talian Sibuk

KUALA LUMPUR: Beberapa laman web utama yang menawarkan perkhidmatan membayar saman trafik secara dalam talian sibuk dilayari orang ramai yang ingin membayar saman dan mendapatkan diskaun saman yang berakhir hari ini.

Tinjaun Bernama ke tiga laman web iaitu laman Polis Diraja Malaysia, laman Myeg, dan laman rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, Rilek eService mendapati 'trafik' sibuk sehinggakan pengguna tidak boleh akses.

Keadaan ini berlaku sejak awal pagi tadi dan dijangka berterusan sehingga 5 petang ini dalam usaha pesalah trafik membayar trafik secara dalam talian menggunakan kad kredit atau debit akaun mereka.

Laman web itu tertera, "PDRM servers are running at maximum capacity. If you are facing difficulties checking your summons details, please check after 6pm.

Turut dipaparkan "Please be informed that the PDRM Online Summons Payment servers are running at maximum capacity and temporarily under urgent maintenance. Sorry for any inconvenience.

Pengguna yang membayar secara dalam talian ini mengambil sikap membayar lewat dan terpaksa menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi mengelak untuk beratur di kaunter pembayaran saman seperti di kaunter trafik polis dan pejabat pos.

Orang awam yang dikenakan saman atau kompaun sebelum 1 Dis layak mendapat kadar potongan munasabah sehingga 50 peratus. Hari ini adalah hari terakhir bagi orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka sebelum tindakan senarai hitam diambil kerana gagal berbuat demikian, dikuatkuasakan semula pada esok. -BERNAMA

Artikel Lain