suria

Kempen BN Di Merlimau, Kerdau Dapat Sambutan Baik - Muhyiddin

JASIN: Kempen Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau, yang memasuki hari ketiga hari ini, mendapat sambutan yang amat baik daripada semua kaum.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan tersebut nampak jelas daripada gerak geri badan dan kenyataan secara terbuka oleh mereka.

"Maksudnya sentimen positif dapat kita rasakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini, Isnin.

Calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu Ahad ini, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada B Npada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Sementara, calon BN bagi DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, 43, dalam pada pilihan raya kecil juga pada tarikh sama, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Feb lepas akibat serangan jantung.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kempen BN di DUN Merlimau dan Kerdau sedang rancak dijalankan dengan pertemuan dengan semua pengundi dan juga diadakan ceramah bagi memperjelaskan kepada pengundi penyelewengan yang dilakukan pemimpin PAS dan parti pakatan pembangkang lain, supaya mereka tahu keadaan sebenar.

"Tapi bagaimana biasa, saya sebutkan jangan kita ambil mudah sehinggalah selesai 6 haribulan, barulah kita boleh tahu, jadi selagi belum sampai 6 haribulan malam, saya sudah beritahu jentera jangan relaks, jangan goyang kaki, mesti kerja bersungguh-sungguh (berkempen)," katanya.

Muhyiddin berkata calon pun perlu bersungguh-sungguh untuk pergi ke seluruh kawasan DUN berkenaan bagi menemui semua pengundi.

"Saya sudah beritahu, calon pun tidak boleh tidur, dia kena pergi semua kawasan, bertemu dengan semua pengundi, bersalam salaman dengan mereka, dan kita bermesra dengan mereka kerana ramai yang nak mengenali calon, jadi itu kita akan bawa ke seluruh pelusuk kawasan baik di Kerdau mahu pun di Merlimau," katanya.

Ditanya andaian PAS mengatakan ia boleh menang pada pilihan raya kecil itu dengan jumlah peratus tertentu, Muhyiddin berkata parti pembangkang boleh membuat perkiraan tetapi itu hanya taktik dan helah politik.

Dia (PAS) boleh buat perkiraan begitu, macam lain-lain pilihan raya pun dia kata begitu, di (DUN) Galas (Kelantan) dia kata dia boleh menang, di (DUN) Tenang (Johor) dia kata dia boleh menang lebih 55 peratus tapi kita (BN) dalam politik ini, kita faham kita tahu, itu cuma taktik dan tipu helah nak tunjukkan kononnya mereka dapat sokongan, main psikologi pengundi," katanya bahawa PAS kini menyedari sudah ramai tidak menyokong parti pembangkang itu.

Kedua-dua pilihan kecil tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional.

Muhyiddin turut mengingatkan calon dan jentera pilihan raya BN supaya mendampingi semua pengundi bagi mendengar masalah dan kehendak mereka kerana dalam situasi ini pengundi adalah "raja".

Beliau turut meminta pengundi yang berada di luar kawasan di kedua-dua DU Nitu agar pulang mengundi pada Ahad ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berharap pengundi tidak terpedaya dengan taktik kotor pihak tertentu yang cuba menjatuhkan nama baik BN melalui pelbagai fitnah dan pembohongan kerana BN tidak pernah berbuat demikian termasuk menyentuh soal peribadi.

Ditanya PAS akan menubuhkan skuad kamera untuk mengintip pergerakan calon B Nbagi mengesan salah laku, Muhyiddin berkata terima kasih dia beritahu kepada kita, nanti bila depan kamera kita senyum lebih, kita beritahu dia terima kasih lah kerana nak berkempen membantu kita".

"Kita (BN) dalam strategi kempen kita tumpu kepada pengundi, kita tidak tumpu kepada calon dan jentera. Kita lebih kepada pengundilah. Kalau dia nak menang dia pergi kepada pengundi, pasal apa dia pergi pada calon kita, calon kita sudah tentu tidak sokong dia," katanya tindakan PAS itu kerana ia sudah ketandusan isu.

Mengenai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN, Muhyiddin mengalu-alukan sokongan tersebut dan berkata mereka mengetahui jasa yang dilakukan kerajaan BN.

Muhyiddin diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dalam lawatan kerja sehari ke DUN Merlimau. -BERNAMA

Artikel Lain