suria

Tiga Daripada Enam Rakyat Malaysia Mangsa Gempa Di Christchurch Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR: Tiga daripada enam rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang berikutan gempa bumi di Christchurch, New Zealand telah pun ditemui dan disahkan selamat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata kerajaan dan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sedang memantau keadaan rakyat Malaysia di sana.

Semalam Ketua Bilik Gerakan gempa bumi di Christchurch Ayauf Bachi mengesahkan lima lagi rakyat Malaysia, termasuk empat sekeluarga dilaporkan hilang berdekatan dengan kawasan gempa.

Warga Malaysia pertama yang dilaporkan hilang ialah seorang wanita dari Sarawak dan berumur dalam lingkungan 30-an yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Christchurch.

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter Selasa lepas telah meragut 113 nyawa manakala 300 orang lagi dilaporkan masih hilang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain