suria

Lelaki Mati Dengan Lebih 10 Kesan Tikaman

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan terdapat lebih 10 kesan tikaman pada dada dan perutnya di rumahnya di Wangsa 11, Bukit Antarabangsa di sini pagi Sabtu.

Lee Soong Chin, 56, ditemui berlumuran darah di dalam bilik tidur oleh isterinya seorang warga British kira-kira 6.40 pagi.

Polis setakat ini mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh diri.

"Siasatan polis mendapati terdapat lebih 10 tikaman di dada dan perutnya yang dipercayai dilakukan oleh Lee sendiri dengan menggunakan pisau yang ditemui berhampiran dengannya.

"Siasatan awal polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh diri berdasarkan keterangan keluarganya yang menganggap kejadian berkemungkinan berpunca dari masalah kemurungan atau tekanan.

"Namun siasatan lanjut akan dilakukan untuk kita mengetahui motif atau punca sebenar kejadian," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin.

Beliau berkata ketika kejadian, tiga anak mangsa turut berada di dalam rumah itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain