suria

Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Taksiran 2010 Boleh Dilakukan Mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada Jumaat, memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, LHDNM turut mengingatkan kesemua pembayar cukai supaya mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka sebelum tarikh akhirnya.

Tarikh akhir bagi Majikan (Borang E) adalah pada 31 Mac.

Bagi borang Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE) dan Pendapatan Selain Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M), tarikh akhirnya ialah pada 30 April.

Manakala bagi borang Pendapatan Perniagaan Individu Bermastautin (Borang B), Pendapatan Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) dan Perkongsian (Borang P). Tarikh akhir mengemukakan borang adalah pada 30 Jun.

Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini perlu memohon nombor pin e-Filing melalui e-mel [email protected].

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi nombor 1-300-88-3010 atau layari laman web rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain