Illani Isahak Meninggal Dunia Akibat Barah - Semasa | mStar

Illani Isahak Meninggal Dunia Akibat Barah

Allahyarham Datuk Ilani Isahak. Foto Ihsan THE MALAYSIA INSIDER.
Allahyarham Datuk Ilani Isahak. Foto Ihsan THE MALAYSIA INSIDER.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama, Datuk Illani Isahak, meninggal dunia pada Khamis akibat barah payu dara yang dialaminya sejak lima tahun lepas.

Illani, 58, meninggal dunia pada 6 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, kata Setiausaha Kerja Wanita Umno, Noor Haiza Mariena Mat Ramli.

Jenazahnya kemudian dibawa ke kediamannya di Taman Tun Dr Ismail.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Taqwa di Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor.

Illani, yang merupakan kelahiran Kelantan, meninggalkan suami Adam Camille Rustum Mohd Ibrahim, serta tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

Aktif dalam politik melalui Umno sama ada peringkat di negeri dan pusat serta pernah menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita Umno Malaysia pada tahun 2004, Illani juga adalah Anggota Parlimen Kota Baharu pada penggaltahun 1990.

Presiden Majlis Hindu Malaysia Datuk R.Nadarajah menyifatkan pemergian Illani sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Kita akan memenuhi harapannya agar matlamat jawatankuasa persefahaman dan kehermonian antara agama ini tercapai," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?