suria

Pemandu Lori Sayur Maut Dalam Kemalangan Dekat Tapah

IPOH: Seorang pemandu lori sayur terbunuh manakala kelindannya cedera apabila lori mereka terbabas dan tercampak ke dalam gaung di Km358.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Tapah pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata P. Kalaiselvam, 21, yang berasal dari Ringlet, Cameron Highlands terbunuh dalam kemalangan 3 petang tadi akibat tersepit di dalam lorinya.

Kelindannya S. Saravanan, 39, cedera ringan di tangan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Roslan Bek berkata lori itu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur apabila tayar hadapannya dipercayai pancit lalu terbabas sehingga tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter di tepi lebuh raya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain