suria

Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja Berakhir Khamis

KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mempengerusikan Mesyuarat ke-223 Majlis Raja-Raja yang berakhir pada Khamis di Istana Negara di sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat menghadiri mesyuarat dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam, dihadiri semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diwakili oleh Ketua Menteri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain