suria

Majlis Raja-Raja Dengar Taklimat Keselamatan Dan Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada Khamis mendengar taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara, masing-masing oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam kenyataannya berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari berakhir hari ini, antara lain, membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan.

Mesyuarat kali ke-223 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Menurut kenyataan itu, semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

"Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing.

"Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg," menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat menghadiri mesyuarat dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain