Polis Tahan Tiga Suspek Berhubung Wanita Dicampak Keluar Dari Kenderaan - Semasa | mStar

Polis Tahan Tiga Suspek Berhubung Wanita Dicampak Keluar Dari Kenderaan

PORT DICKSON: Polis menahan tiga lelaki di sekitar bandar Port Dickson baru-baru ini berhubung kes wanita yang cedera selepas dipercayai dicampak keluar dari kenderaan di persimpangan lampu isyarat pekan Lukut pada awal bulan ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata ketiga-tiga suspek itu berusia antara 20 hingga 30-an dan kes itu mempunyai kaitan dengan 'perjanjian yang tidak dipatuhi'. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

"Wanita dipercayai dari China itu tidak dirogol tetapi terdapat tanda mangsa baru selesai melakukan hubungan seks sebelum dicampak di persimpangan itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata wanita itu yang dimasukkan ke Hospital Seremban setelah koma selama beberapa hari, kini dilaporkan telah sedar dan sudah boleh bercakap.

Mengenai kes seorang anak yang menikam ibunya sehingga mati di Kuala Pilah, Sabtu lepas, Osman berkata suspek kini ditahan di wad sakit mental. "Besar kemungkinan, pembunuhan ini berlaku disebabkan suspek tidak mengambil ubat. Suspek memang penah mendapat rawatan sakit mental," katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya memastikan anggota keluarga mereka yang mempunyai sejarah sakit mental supaya sentiasa mengambil ubat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak terjangka.

Dalam kejadian itu, Jemelah Muhamad, 53, mati selepas ditikam oleh anak lelakinya berusia 28 tahun di rumah mereka di Felda Kepis, kira-kira 25km dari Kuala Pilah.

Ketika kejadian, mangsa berada di dalam bilik di rumah mereka manakala suaminya, Sohaimi Maidin, 53, pula berada di perkarangan rumah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Saksi: Tiada Bukti Teoh Panjat Keluar Tingkap

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.