PAS Telah Pilih Calon Untuk Kerdau - Semasa | mStar

PAS Telah Pilih Calon Untuk Kerdau

KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi PAS telah memilih calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau pada mesyuarat di ibu pejabat parti di sini hari ini, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon itu bagaimanapun akan hanya diumum oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kerdau pada Khamis.

"Kami telah memilih calon itu semasa mesyuarat Dewan Harian (jawatankuasa pengurusan) hari ini. Ia akan hanya diumum serentak dengan calon Merlimau Khamis ini," katanya, Ahad.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa parti itu telah memilih naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua bahagian PAS Kuala Krau untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Spekulasi itu timbul selepas tugasnya sebagai pengarah parti untuk pilihan raya kecil Merlimau digantikan dengan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang sama hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN kawasan Jengka. Pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan Merlimau. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pencalonan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, dari Barisan Nasional, pada 12 Feb.-BERNAMA

Artikel Sebelum

PAS Perlu Minta Maaf Kafirkan UMNO

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain