Tiga Anggota Polis Di Kemaman Didakwa Terima Rasuah - Semasa | mStar

Tiga Anggota Polis Di Kemaman Didakwa Terima Rasuah

KEMAMAN: Tiga anggota polis masing-masing berpangkat Koperal, Sarjan dan Sarjan Mejar mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan menerima rasuah dari seorang kerani sebuah syarikat besi buruk.

Koperal Baderulhisham Abdullah Sani, 46, Sarjan Almi Yaccob, 56 dan Sarjan Mejar Shamsudin Omar, 52 yang bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Kemaman didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, Baderulhisham didakwa menerima suapan berjumlah RM500 dari Nor Hasni Maria Ab Rahim untuk tidak melakukan sebarang pemeriksaan rekod belian besi buruk di premis RBA Metal Sdn Bhd di Jalan Bukit Kuang, di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.50 petang 17 Disember 2009.

Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Ahmad Bazli menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000.

Sementara itu, Almi menghadapi tiga pertuduhan menerima suapan masing-masing sebanyak RM500 pada 12.25 tengah hari 8 Januari 2009, pukul 11.55 pagi 5 November 2009 dan 2.30 petang 9 Disember 2009 daripada Nor Hasni Maria.

Shamsudin pula didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Almi menerima suapan masing-masing RM500 pada masa dan tarikh yang sama daripada Nor Hasni Maria.

Almi dan Shamsudin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Hakim membenarkan kedua-duanya diikat jamin masing-masing sebanyak RM5,000 dan menetapkan tarikh 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kronologi PRK Merlimau

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain