Rosmah Penerima Pertama Anugerah Dari Bandaraya Ankara

ANKARA: Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Saipul Anuar Abdul Muin berkata 'Anugerah Tanggungjawab Sosial' dari Bandaraya Ankara kepada Datin Seri Rosmah Mansor merupakan anugerah pertama diberikan kepada seorang kenamaan asing.

Beliau berkata anugerah sulung itu diberikan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ankara, yang akan disampaikan kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu Selasa ini, merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha Rosmah yang berterusan dan tidak mengenal penat bagi membantu golongan muda dan mereka yang memerlukan.

Usaha beliau dilihat bukan sahaja bagi memperkasakan wanita Malaysia tetapi juga di atas perhatiannya termasuk dalam pembangunan modal insan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah pelbagai program yang dilaksanakan di bawah program Permata Negara, yang termasuk program Permata Insan yang bermatlamat ke arah melahirkan inteletual Islam yang cemerlang, katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Saipul Anuar berkata kedutaannya berasa tersentuh dengan keputusan yang dibuat oleh Greater Ankara Municipality bagi memberikan anugerah itu kepada Rosmah.

Di Kuala Lumpur, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) bangga dengan Rosmah, yang merupakan penerima anugerah Tun Fatimah daripada pertubuhan itu pada 2007, diberikan pengiktirafan antarabangsa.

Dalam satu kenyataannya, Presiden NCWO Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabuddin berkata anugerah itu "mencerminkan kekaguman atas usaha beliau yang tidak mengenal penat dalam menangani isu-isu sosial dan menggalakkan pembangunan optimum berhubung potensi kanak-kanak dan belia".-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain