suria

Kontraktor Pembersihan Cedera Ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pembersihan cedera ditembak di bahu dan kaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat Batu Muda, Jinjang di sini, Jumaat.

Lelaki berusia 35 tahun itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan keadaannya dilapor stabil.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Pagan berkata kejadian pada pukul 6 pagi itu disedari oleh ayah lelaki bekenaan yang mendengar bunyi letupan sebelum menerima panggilan daripada anaknya memberitahu dia ditembak.

Beliau berkata ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang berjalan ke keretanya untuk ke tempat kerja.

"Ayah mangsa berusia 68 tahun yang ketika itu berada di dalam rumah, turun ke bawah flat sebaik menerima panggilan daripada anaknya yang memberitahu dia ditembak.

Beliau menemui anaknya dalam keadaan tertiarap dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini Jumaat.

Zakaria berkata siasatan polis menemui lima kelongsong peluru jenis .45 mm dan satu kesan tembakan di kereta jenis Toyota Alphard milik mangsa.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan motif dendam dan turut mengambil kira kemungkinan lain. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain