suria

Pejabat Utusan Di Pahang Dipecah Masuk

KUANTAN: Pejabat Utusan Airtime dan Utusan Media Sales Sdn Bhd cawangan Pahang di Jalan Bukit Ubi di sini dipecah masuk awal pagi tadi.

Pegawai pemasaran Utusan Airtime, Hanapi Mat Ripin, 36, berkata beliau menyedari kejadian itu apabila tiba di pejabatnya kira-kira 9 pagi tadi.

"Saya dapati pintu pejabat tidak berkunci dan ia hanya disendal dengan sebiji batu-bata, selepas masuk saya dapati keadaan dalam pejabat berselerak," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata pintu belakang pejabat didapati dipecahkan.

Dalam kejadian itu pelbagai barangan berharga seperti satu unit komputer bernilai RM2,500, tiga keping cek, peti wang tunai, geran kereta, beberapa dokumen penting milik syarikat dan staf pejabat didapati hilang, dan menurut Hanafi anggara sebenar kerugian masih belum dapat dipastikan.

Hanapi berkata satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 10.51 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Deputi Supritendan (DSP) Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain