suria

Lebih 75,000 Pelajar Perempuan Di Sabah Akan terima Sambutan Pelalian HPV

KOTA KINABALU: Seramai 75,754 pelajar perempuan di Sabah akan diberikan suntikan pelalian virus "human pappiloma" (HPV) mulai tahun ini untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, Sabtu.

Beliau berkata suntikan pelalian itu yang bertujuan untuk mencegah jangkitan virus yang boleh menyebabkan kanser pangkal rahim, akan melibatkan 98 fasiliti kesihatan di seluruh negeri.

Program pelalian HPV mula dilaksanakan tahun lepas membabitkan peruntukan RM150 juta, katanya ketika melancarkan program itu di peringkat negeri di sini.

"Sebanyak 82 sekolah daripada 230 sekolah di Sabah telahpun memulakan program ini, manakala sekolah lain akan memulakannya secara berperingkat," kata Rosnah.

Katanya suntikan pelalian HPV diberikan kepada pelajar perempuan di Tingkatan 1 dan remaja perempuan berusia 13 tahun dalam membantu mengurangkan risiko penyakit kanser pangkal rahim dalam tempoh 20 tahun.

Suntikan itu hanya diberikan kepada pelajar selepas memperoleh kebenaran ibu bapa mereka.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain