suria

Dua Penunggang Motosikal Cedera Dilanda Ribut

PETALING JAYA: Dua penunggang motosikal cedera apabila ribut melanda kawasan berdekatan Jalan Universiti di sini petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua penunggang itu dikatakan sedang melalui kawasan berkenaan apabila ribut yang melanda menyebabkan mereka terjatuh dari motosikal masing-masing.

Orang ramai yang melihat kejadian itu terus membawa mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

Kejadian ribut itu juga menyebabkan beberapa papan tanda, banting dan pokok kecil tumbang di kawasan tersebut.

Beberapa anggota bomba dilihat berada di kawasan tersebut bagi mengalih pokok dan banting yang tumbang manakala polis trafik membantu mengawal lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, tetapi berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kerosakan harta benda atau kecederaan daripada orang ramai. -BERNAMA

Artikel Lain