SPAD Kaji Cadangan Supaya Beli Syarikat Bas 'Tenat' - Semasa | mStar

SPAD Kaji Cadangan Supaya Beli Syarikat Bas 'Tenat'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji cadangan Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) supaya ia membeli syarikat bas henti-henti yang sedang 'tenat'.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pihaknya akan mengkaji sama ada tindakan untuk membeli syarikat bas itu adalah langkah yang terbaik atau tidak.

"Saya fikir ini bukan satu-satunya cara untuk selesaikan masalah yang sebegini rupa, namun kami akan pertimbang cadangan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.

Semalam Presiden PMBOA, Datuk Mohd Asfar Ali berkata 130 anggota persatuan itu yang mempunyai 3,200 buah bas di seluruh negara berada pada tahap kritikal disebabkan peningkatan kos, sehingga boleh mengakibatkan mereka gulung tikar.

Katanya antara isu utama yang dihadapi pengusaha adalah kos penyelenggaraan yang tinggi termasuk kenaikan diesel, khidmat penyelenggaraan dan alat ganti meningkat antara 60 hingga 128 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPR Tetapkan Tarikh PRK DUN Kerdau Ahad Ini

Artikel Berkaitan

Artikel Lain