Mahkamah Tolak Permohonan Lee Hwa Beng Saman Tiong King Sing - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Lee Hwa Beng Saman Tiong King Sing

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)Datuk Lee Hwa Beng gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman bekas ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing terhadapnya berhubung beberapa artikel yang disiarkan di akhbar berkaitan skandal pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara menolak permohonan Lee itu dengan kos RM5,000 dan mengarahkan supaya kes itu didengar secara perbicaraan penuh.

Bagaimanapun mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh.

Pada 17 September 2009, Tiong memfailkan saman fitnah mendakwa Lee pada 26 Ogos 2009, mengucapkan dan menyiarkan perkataan fitnah terhadapnya kepada beberapa wartawan termasuk akhbar The Star and The New Straits Times.

Tiong berkata perkataan itu pada penggunaan lazim dan maksud biasa memberi makna bahawa beliau merupakan pihak kepada konspirasi jenayah bersama beberapa yang lain dan beliau bersalah kerana pecah amanah.

Beliau berkata perkataan-perkataan itu bertujuan untuk memperkecil-kecilkan kedudukannya, profesion, perdagangan dan perniagaan.

Anggota Parlimen Bintulu itu berkata peguamnya telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Lee meminta Pengerusi LPK itu menyiarkan permohonan maaf dan berjanji tidak mengulangi dakwaan, tetapi sehingga kini Lee enggan memenuhi tuntutan berkenaan.

Tiong memohon ganti rugi am dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang sesuai ditentukan mahkamah.

Lee, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 9 November 2009 berkata defendan telah menggunakan perkataan-perkataan yang diadukan atas arahan majikannya, LPK dan Tiong tidak mempunyai sebab untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap kali dakwaan penyiaran itu dilakukan pada hak keistimewaan dan perkataan-perkataan itu adalah satu ulasan adil mengenai hal-hal yang menarik perhatian umum. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain