suria

PRK Kerdau: SPR Mesyuarat 20 Februari Ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 20 Februari ini.

Mesyuarat tersebut akan diadakan di Hotel Hilton Kuching, Sarawak pada pukul 10 pagi.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu di sini pada Rabu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan sidang media mengenainya akan diadakan pada pukul 12 tengah hari.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Allahyarham memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain