suria

Lapan Lelaki Disyaki Dari Dua Geng Curi Motosikal Ditahan

KAJANG: Lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini ditahan dalam operasi di Sungai Chua dan Kajang Utama di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, mereka yang ditahan dalam operasi pada 4 dan 10 Februari lepas itu berusia 16 tahun hingga 20-an.

Dalam serbuan pada pukul 2 petang 4 Februari, polis menahan empat lelaki tempatan dan merampas komponen motosikal yang dileraikan dan kesemua mereka mengaku terlibat dalam 30 kes curi motosikal di daerah ini.

Empat lagi lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Kajang Utama pada pukul 7 pagi 10 Februari pula mengaku terlibat dalam 20 kes pecah kereta dan polis turut menemui lima motosikal yang dipercayai dicuri, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu menjalankan kegiatan mereka di sekitar daerah ini sejak enam bulan lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain