suria

Konstabel Polis Maut Dalam Kemalangan Di Temerloh

TEMERLOH: Seorang konstabel polis maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Km4 Jalan Temerloh-Mentakab dekat Bukit Mikro Batu Tiga di sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohamed Noor Mansur berkata, kejadian pukul 11.30 malam itu berlaku ketika Mohd Faizal Wahab, 30, bersama temannya Nor Hafizah Abdul Hamid, 21, dalam perjalanan ke bandar Mentakab.

Katanya, kejadian berlaku di satu selekoh tajam di mana mangsa yang bertugas di Balai Polis Seri Layang, Kluang, Johor gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala temannya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain